Profil Sekolah
Sejarah Sekolah
Bangunan Blok Warisan
Blok Wawasan
SM. St. Michael Sandakah telah ditubuhkan pada 29 September 1888 oleh Rev. William Henry Elton. Sekolah St. Michael, Sandakan bermula dengan 2 orang murid selama 2 bulan. Murid-murid tersebut mengajar beliau Bahasa Melayu dan Bahasa Cina manakala Rev. William Henry Elton mengajar mereka Bahasa Inggeris. Bilangan murid semakin bertambah mulai bulan ketiga.
Sekolah St. Michael, Sandakan telah berjaya mengharungi Era Elton, Perang Dunia 1 (1914-1918) dan Perang Dunia II (1939-1945). Sekolah St. Michael telah musnah sama sekali akibat perang tetapi sekolah tersebut dapat dibaiki semula melalui derma daripada penduduk-penduduk tempatan. Selepas sekolah itu dibina semula dan bagi menampung permintaan pendidikan yang bertambah.
Sekolah St. Michael, Sandakan mulai menggunakan 2 sesi iaitu pagi dan petang. Selain itu, satu blok bangunan baru yang terdiri daripada 5 tingkat telah dibina. Bangunan baru itu menempatkan bilik pengurusan dan pentadbiran, bilik guru, makmal sains, makmal komputer, perpustakaan dan kelas. Bangunan lama yang dibina oleh mubaligh Kristian masih dipulihara masih mengekalkan nilai sejarah yang masih menjadi daya tarikan pelancong.
Antara bangunan baru dan lama, terdapat satu kawasan lapang pelbagai guna. Bilik persidangan yang siap dibina pada 2007 dapat menampung 80 orang dan kini berdiri megah di Sekolah Menengah St. Michael, Sandakan.