Kokurikulum
Pengurusan Kokurikulum
| < Prev | Next > |
|---|
UNIT KOKURIKULUM
1. PENGURUSAN KOKURIKULUM
Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum dan pembangunan diri murid secara menyeluruh. Kokurikulum diberi penekanan yang seimbang dalam pengurusan sekolah. Program-program yang dirancang perlu memenuhi keperluan diri murid supaya bersedia dan cergas pada setiap masa. Bagi memastikan setiap perancangan dan program kokurikulum berjalan dengan baik, maka mesyuarat-mesyuarat diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM
2.1 PENINGKATAN KEMUDAHAN FIZIKAL
Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut:
· Padang
· Gelanggang yang terurus
· Peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi
· Menyediakan tempat penyimpanan yang diuruskan serta mudah diambil
apabila diperlukan.
2.2 PENYERTAAN MURID DALAM AKTIVITI LUAR SEKOLAH
2.2.1 Memastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti pertandingan di peringkat daerah, negeri ataupun kebangsaan.
2.2.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan, latihan pasukan sekolah yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan
2.2.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid atau pasukan sekolah yang cemerlang.
2.3 PENGANUGERAHAN
Bagi menarik perhatian dan minat murid-murid dalam aktiviti kokurikulum, sistem penganugerahan kokurikulum diadakan.
3. RASIONAL
Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk menunjukkan bakat, kebolehan dan potensi masing-masing dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dengan mewajibkan mereka menyertai pelbagai aktiviti sukan, kelab, persatuan dan pasukan pakaian seragam yang ditetapkan. Semua murid diwajibkan menjadi ahli bagi satu persatuan/kelab, satu pasukan beruniform dan satu permainan/sukan. Sekolah akan menyertai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh Daerah, Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran yang bersesuaian dengan keperluan sekolah.
4. AKTIVITI
4.1 UNIT BERUNIFORM
- Kadet Remaja Sekolah
- Kadet Polis
- Kadet Bomba Dan Penyelamat
- Bulan Sabit Merah Malaysia & Pancaragam
- St John Ambulans
- Brigade Putera
- Brigade Puteri
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
- Pengakap
4.2 KELAB DAN PERSATUAN
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Sains & Matematik
- Sejarah & Geografi
- Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Pengguna
- Pelajar-pelajar Islam (PERPIS)
- Murid-murid Kristian
- Pendidikan Seni Visual
- Kelab Bestari (ICT / Fotografi/ Videografi/ Multimedia)
- Kelab Pencegahan Jenayah
- Leo
- Interact
- Pencinta Alam
- Bimbingan & Kaunseling (PROSTAR, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS))
- Pusat Sumber
- Seni Tarian, Drama dan Muzik
- Kelab Koperasi Sekolah
- Kelab SPBT
- Kelab Rukun Negara (Sivik & Kewarganegaraan)
- Kelab Pelancongan
- Bahasa Kadazandusun
4.3 SUKAN DAN PERMAINAN
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Bola Keranjang
- Badminton
- Ping Pong
- Hoki
- Catur
- Bola Tampar
- Sepak Takraw
- Renang
- Tenis
- Boling ( Di Champs Bowl)
- Robotik
- Softbol
- Bola Baling
- Karate-Do
- Seni Silat
5. PENETAPAN MASA PERJUMPAAN
Perjumpaan bagi unit beruniform dan kelab/persatuan akan diadakan di sekolah pada hari Sabtu yang sama manakala perjumpaan bagi sukan/permainan akan diadakan di Komplek Sukan Sandakan. Masa perjumpaan adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada hari kokurikulum, pihak sekolah tidak akan mengadakan aktiviti lain yang akan mengganggu pelaksanaan dan kelicinan kokurikulum. Selain itu, perhimpunan unit beruniform akan diadakan pada setipa hari rabu ( 8.30 a.m – 9.40 a.m untuk sidang pagi dan 2.10 p.m – 3.20 p.m untuk sidang petang )
6. MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH
Mesyuarat ini diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun yang dipengerusikan oleh pengetua dan ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Mesyuarat ini diadakan pada masa yang akan ditetapkan. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan perancangan dan perjalanan sukan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah dan di luar sekolah.